Tak Boleh Lupa

 

Sewaktu mula bertemu dulu

Ku anggap kau hanya kawan

Tetapi telah sudah mesra

Berputiknya rasa sayang

 

Pabila kita tidak bertemu

Terasa rindu di kalbu

Akhirnya kita menyedari yang

Kita sudah jatuh cinta

 

Chorus

Di awal percintaan

Sungguh indah

Kau bersumpah di depan ku

Bahawa kau akan tetap setia

Dengan ku

 

Kini mengapa kau lukai hatiku

Dimanakah sayang oh janjimu

Oh...

 

Ku berdoa semoga

Hatimu masih sayang

Dan tak lagi mengguris hatiku

 

Ulang 2nd,3rd,4th Chorus

 

Demi kerana aku cinta padamu

Relanya hatiku memaafkan

Sudah adat bercinta

Ada pahit dan manis

Tetapi jangan sampai terpisah

 

Selagi di hati masih cinta dan rindu

Selama itulah ku setia

Tak gunanya berpisah

Jika sudah suratan

Di antara kita tidak kan lupa

 

Lagu: Johari Teh

Lirik: Juwie